Monday, 30 November 2015

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM-SOLVING)

DEFINISI

Setiap individu pastinya akan menghadapi kesulitan dan akan berhadapan dengan tugas untuk menyelesaikan masalah tertentu. Masalah ini kadangkala akan kelihatan seperti satu proses yang berterusan yang merupakan satu bahagian yang berintegrasi dalam kehidupan kita. Hal ini adalah satu hakikat yang semestinya setiap individu harus terima. Ramai orang pada hari ini gagal dalam mencari penyelesaian. Biasanya masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan baik akan memberi kesan dalam kehidupan kita.

Penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea alternatif dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan sesuatu yang diingini dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.

Kaedah penyelesaian adalah memerlukan pelajar membuat aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. Aktiviti ini perlu disertai dengan pemikiran peringkat tinggi.

MASALAH DAN ISU

Masalah perlu ada berbagai-bagai kategori seperti misteri, puzzle, dilema dan peluang. Masalah dan isu perlu diberi perhatian oleh seseorang dan jalan penyelesaian hendaklah dicari secepat mungkin.

MASALAH = Sesuatu yang perlu penyelesaian dengan keadaan segera.
ISU= Perlu ditangani dengan berhati-hati.

Sesuatu masalah jika tidak diselesaikan dan dibiarkan berlarutan akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan.

SIFAT PENYELESAIAN MASALAH

-  Motivasi yang kuat
-  Trait yang positif
-  Jati diri
-  Membina kemahiran

MODEL PENYELESAIAN MASALAH

-  Kenalpasti masalah
-  Analisa punca masalah
-  Kenalpasti cara penyelesaian
-  Pilih penyelesaian yang terbaik
-  Pilih plan tindakan
-  Pelaksanaan dan tindakan

KATEGORI MASALAH

-  Misteri
-  Tugasan (assignment)
-  Kesukaran ( difficulties)
-  Peluang ( opportunities)
-  Tidak pasti (puzzle)
-  Dilema

MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK

LANGKAH 1 = Mendefinisikan masalah
LANGKAH 2 = Mengkelaskan masalah
LANGKAH 3 = Tentukan objektif
LANGKAH 4 = Tentukan ukuran kejayaan
LANGKAH 5 = Kutipan data
LANGKAH 6 = Membuat keputusan
LANGKAH 7 = Melaksanakan keputusan yang diambil

PENILAIAN (REVIEW)

Penilaian adalah penting sebab ia akan memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang diambil. Selain itu, ia perlu dikenal pasti langkah-langkah yang manakah dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya. Untuk proses penilaian ini, biasanya kita kemukakan beberapa soalan. 

Kita perlu menilai kecekapan individu dan gubalkan satu program khusus untuk meningkatkan diri bagi mengelakkan individu tersebut tidak cekap di dalam melaksanakan tugas. 

PENYELESAIAN MASALAH MELALUI SAINTIFIK 

-  Mengadakan hipotesis
-  Mengumpul maklumat
-  Membuat kesimpulan

PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF/LATERAL 

ENAM TOPI BERFIKIR:
TOPI HIJAU     =  Pemikiran kreatif/ subur dengan pelbagai idea
TOPI KUNING =  Pemikiran positif dan konstruktif
TOPI PUTIH    =  Pemikiran objektif
TOPI HITAM   =  Pemikiran negatif dan kritikal
TOPI MERAH =  Pemikiran emotif
TOPI BIRU     =  Sebagai lambang langit diatas, topi ini dipakai oleh ketua untuk mengawasi                                bagaimana topi-topi lain bekerja. 

PENYELESAIAN MASALAH MELALUI PERASAAN

-  Kebolehan mengetahui emosi sendiri
-  Kebolehan dalam pengurusan emosi
-  Kebolehan meningkatkan motivasi
-  Kebolehan mengenal emosi orang lain
-  Kebolehan menjalin persaudaraan

PENYELESAIAN MASALAH SECARA ISLAM

-  Rabbani (Ketuhanan)
-  Alamiah ( Universal)
-  Syumul ( Menyeluruh)
-  Wasatiyyah ( seimbang)

PENDEKATAN SUFI

Ia dianggap bersifat moral dan spiritual. Malah menurut anggapan sesetengah pihak, pendekatan hukum dianggap bersifat tegas dan keras, tetapi pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak. Pendekatan sufi memerlukan 3 perkara iaitu hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian.

Kaedah penyelesaian masalah perlu berasaskan proses Tazkiyyah an-Nafs yang melibatkan dua dmensi iaitu:
-  Dimensi horizontal
-  Dimensi vertikal

Dimensi Horizontal = Iaitu proses Tazkiyyah al-Nafs atau pembersihan diri melalui 2 aspek iaitu:
-  Pembersihan diri (Takhali) dari sifat-sifat buruk (mazmumah) dan
-  Menghias diri (Tahaffi) dengan sifat-sifat baik (mahmudah)

Dimensi vertikal = Menekankan persoalan hubungan dengan Tuhan melalui amal ibadat, membaca Al-Quran, zikir dan lain-ain.